November 20, 2012

Resepi Bayam Korea

.
.
.
Aku buat post untuk resepi.
Aku sendiri tak percaya.
Heh.
Apapun, aku memang suka bayam Korea ni.
Healthy and yada yada yada.



Ingredients:

Bayam (2 ikat)
Minyak bijan (4 sudu)
Bijan yang sudah digoreng (beli siap) (3 sudu)
Soya sos (1 sudu)







inilah bayam Korea. agak lain dari bayam Malaya. sekali pandang macam sawi tapi batang bayam ni halus je dan rapuh. potong bahagian hujung sedikit tu sahaja
basuh sehelai-sehelai. ni pun lama aku basuh ni. celor seketika dalam air menggelegak. jangan lama sangat celur tu sebab nanti tak sedap.



lepas celur mesti terus tos atau rendam dengan air sejuk. paip di Korea ni sejuk so no problem, kalau di Malaya haruslah letak ais


komdian, ambik sedikit-sedikit bayam ni dan perah supaya air keluar sebab nanti soggy pulak


letak soya sos (sikit je sebab nanti masin sangat), minyak bijan dan bijan goreng. gaul semuanya



tadaaaa, dah siap. boleh simpan dalam fridge dan ambil bila nak makan. so aku biasanya buat banyak dan makan untuk seminggu. masih fresh dan segar lagi




Jomlah try.
Kalau di Malaya biasanya, aku akan tumis air je.
Pastu makan untuk hari tu aje.
Tapi yang ini, boleh simpan dalam fridge dan masih kenyal dan sedap.
Tak perlu nak panaskan lagi.
Hidangkan sejuk dari peti ais.
Memang wallaa, sedap.





Pakar masak di Korea. Heh.

***